DPPK Miri Seru Anak Muda Mendaftar Sebagai Pemilih

Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri menyeru semua pemuda pemuda Miri untuk mendaftar sebagai pemilih bagi persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mendatang. Dalam pilihanraya negeri yang lepas, Miri menyaksikan kebangkitan rakyat dengan menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 2 daripada 3 DUN yang dipertandingkan. BN memenangi DUN Senadin selepas beberapa kontroversi yang menyaksikan Pakatan Rakyat melalui PKR kalah tipis kepada calon SUPP dalam pilihanraya lepas.


Kebangkitan ini perlu diteruskan dan gelombang kesedaran rakyat di kalangan pemuda dan pemudi mestilah diterjemahkan melalui kertas undi di hari pengundian.


Statistik SPR yang menunjukkan lebih 2 juta warganegara yang layak mengundi belum mendaftar merupakan manifestasi ketakutan BN terhadap kebangkitan anak muda. Peraturan-peraturan yang direka cipta bagi menyukarkan proses pendaftaran pengundi merupakan talian hayat bagi BN. Tuntutan Pakatan Rakyat supaya pendaftaran automatik kepada warganegara berusia 21 tahun sebagai pemilih ditolak BN yang jelas sedar anak muda merupakan ajen perubah yang penting.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri menyeru anak muda beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih bagi menghukum BN yang telah lama menindas dan mengabaikan hak rakyat terutama penduduk Miri. Kekayaan hasil bumi Sarawak yang disalah urus, kekayaan melampau pemimpin utama BN dan salah guna kuasa BN mestilah dihentikan.  Rakyat Sarawak sepatutnya menjadi rakyat yang paling beruntung di Malaysia dengan kekayaan hasil Sarawak terutama petroleum dan balak. Namun, penduduk Sarawak terus diabaikan, jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di semenanjung. Ini jelas membuktikan ketidak cekapan pemerintahan BN yang perlu ditamatkan segera. 


Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri juga, melalui ajen-ajen daftar pemilih yang dilantik SPR akan terus memberikan komitmen terhadap usaha daftar pemilih ini. Dewan Pemuda PS Kawasan Miri, akan secara membuka kaunter-kaunter daftar pemilih di setiap program bersama anak muda di sekitar Miri.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri juga menyeru SPR, sebagai badan bebas yang dilantik mengurus pilihanraya untuk mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan pendaftaran pemilih di kalangan anak muda. SPR diseru untuk membuka kaunter pendaftaran pemilih di kawasan-kawasan tumpuan ramai, dan mendekati anak muda secara agresif. SPR sepatutnya tidak mengambil langkah tunggu dan lihat, dan hanya mengambil langkah kempen di saat-saat akhir pilihanraya diumumkan.


Abdul Hadi Bin Alias
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers