Isa mungkin menang, tapi Malaysia?

Tan Sri Isa menang besar semalam, menamatkan kemarau kemenangan BN di Semenanjung sejak Pilihanraya Umum Ke12. Kemenangan Isa secara jujurnya telah dijangkakan, kerana Isa memang dikenali di kalangan pengundi Bagan Pinang di samping merupakan bekas MB Negeri Sembilan sebelum didapati bersalah untuk politik wang.

Isa menang, tapi adakah Malaysia menang bersama Isa?

Malaysia mempunyai index transparency yang jauh lebih rendah berbanding dengan negara maju, dan pastinya yang paling significant ialah jika dibandingkan dengan negara jiran Singapura.

Rakyat Malaysia kelihatan tidak bersungguh-sungguh, atau mengambil berat mengenai perkara ini. BN sudah pastinya pembela tegar perasuah, malah pemuda UMNO sendiri diketuai oleh seorang yang diberi amaran politik wang pada pemilihan UMNO baru-baru ini. Namun, yang mengecewakan ialah bagaimana rakyat tidak melihat rasuah sebagai suatu yang bukan untuk diambil mudah dan ringan.

Explore posts in the same categories: current issue

Tags:

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Comment: